Friday 23 September 2011

PILIHLAH YANG TERBAIK …

Pada suatu hari di sekolah , seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..
PELAJAR : “ Cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ?”
CIKGU : “ Oke kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Da petik rumput yang PALING cantik , bawa ke kelas.”
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas , tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih ?
PELAJAR : “ Tadi masa saya berjalan , saya cari la rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik , maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang , saya tak  jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula , jadi tiada la rumput yang saya boleh petik . “
CIKGU : “ Ya itula jawapan nya. Maknanya apabila kita telah sayang , jangan la kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap da berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatla orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.. “


P/S::…  Janganla kita mencari yang lagi baik daripada itu bak kata pepatah “ yang dikejar tak dapat , yang dikendung berciciran , last2 dua-dua tak dapat lepas tu menyesal tak sudaaa , renung-renungkan dan selamat beramal …::  :)

No comments:

Post a Comment

Ce Komen. ^__^