Saturday 30 March 2013

Kolagen Rumpai Laut..


Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.


Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.


SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA:

-bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)
KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker.

Alhamdulillah selama saya memakan rumpai laut ni, telah menguatkan metabolisme dan kulit muka semakin licin.. Rasai lah kesannya sendiri.. hee ^_^

Wednesday 27 March 2013

Bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.. ^_^

Assalamualaikum,,,,,,

Ahlan Wa sahlan everybody? 
Ana Bi khoir,,,
Ehh harini bukan kelas bahasa arab. hehehe. ok lah berbalik pada tajuk aku harini ialah, "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari" itulah peribahasa kita.. Ok seperti biasa aku pegi pukul 8pg balik pukul 5ptg ofis hours lah katakan.. Tapi bila dah sampai ofis, ikut juga mood aku ni, time rajin orang ajak pegi breakfast pun taknak, (cehh padahal no bajet) kikikiki.. So harini aku sangatlah malas nak buat keje pepagi ni, so aku pun ajak lah member aku p ngeteh ehh breakfast lahh. Dalam perjalanan nak ke Coffee Break, dari jauh aku macam tau je kereta siapa tapi tak nampak no flat almaklumlah penglihatan sekarang agak terbatas, bila dah dekat baru lah aku nampak no flat kereta tu oppppssss secara tak sengaja boleh ternampak pegawai-pegawai tu makan kat situ, so dah alang-alang sampai takkan nak patah balik kot, so teruskan je lahh then kami duduklah disuatu sudut. So kami pun order lah makan, bila dah kenyang je malaslah nak gerak dulu, on wifi.. then tetiba ada pelayan datang ke meja kami dan dia cakap, "kak, en tu dah bayarkan makanan akak" so aku balas balik.. " ouhh ye ke?" ok ^_^.. so dengan senang hati harini duit aku save, yahoooooo!! ada orang belanja, langkah kanan kami, tak sia-sia terserempak dengan pegawai-pegawai ni.. hehehe.. By the way TQ so much En Yus kerana belanja kami untuk harini.. hehehe.. 
Next time belanja lagi.. kikikikiki :P


Erkkk ok lah dah malam sangat ni, baju tak gosok lagi ni. Sok mau p keje mehhh.. Haiii cepatlah hari sabtu,,,,,,,,,,,  *_*



Monday 25 March 2013

Masa pantas berlalu...

Assalamualaikum,,,,

Pejam celik pejam celik dah nak masuk penghujung bulan Mac, sekejap je kan masa berlalu. Dan umurku juga makin meningkat 20++. hehe.. Diam tak diam dah nak masuk 3 bulan dah along meninggalkan kami semua bertemu PenciptaNya.. Tadi lepas maghrib, adalah mak tazkirahkan kami sikit, tajuk buku yang dibaca tu RAHMAT DI SEBALIK DUGAAN. Tajuk buku tu pun dengar macam seronok, so sesuailah dengan situasi kami sekarang ni. so aku suruh lah mak bacakan kandungan yang tersurat di buku itu, dan aku tertariklah dengan sepotong ayat ni, Firman Allah :

      " Di mana saja kamu berada, kematian akan mengejarmu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi dan kukuh " 
                                              (An-Nisa':78)

" Kami yang menghidupkan dan kepada kami semuanya kamu akan kembali "
(Qaf : 43)

" Allah tidak akan menangguhkan kematian seseorang bila telah tiba waktunya "
                                                                                                                                      (Al-Munafikun:11)

Ketentuan Allah SWT tentang kematian adalah sebagai hukum yang bersifat mutlak, tanpa dapat memberikan rasuah kepada yang melaksanakannya, kerana yang melaksanakannya adalah malaikat yang sangat patuh terhadap perintah Allah, sebagaimana firman Allah yang maksudnya:

" Sesungguhnya yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang tertentu waktunya. Barangsiapa yang menghendaki pahala dunia, nescaya kami beri kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa yang menghendaki akhirat, kami berikan pula kepadanya pahala akhirat. Dan kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur"
                                                                                                                                        (Al-Imran:145)

" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dab kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kami lah kamu dikembalikan"   
                                                                                                                                        (Al-Anbiya': 35)

Usai mak menghabiskan tazkirahnya, aku mula mengelamun jauh memikirkan nasibku pada masa akan datang, sempatkah aku membalas jasa kedua ibu bapaku yang telah membesarkan, mendidikku sejak dari kecil lagi. Tanpa kusedari air mataku menitis, tapi dapat ku tahan juga.. Tetiba mak bersuara, inshaAllah along dah tunggu kita kat syurga, kalau baik amalan kita, dapatlah kita jumpa dia.. Dan aku bertanya lagi pada mak, "mak, nanti kat akhirat dapat ke kita hidup bersama-sama dengan along? dan mak pun menjawab tu bergantung pada amalan kita lah. Along dah selamat, perginya pun dengan tenang dan takde sebarang penyakit pun. Alhamdulillah, cuma kita yang hidup ni banyakkan lah amalan dan berdoa kepada yang maha Esa agar kita pun jadi seperti along.. InshaAllah.. 















Sunday 24 March 2013

Mengapa Wanita Ini Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram?

Mengapa Wanita Ini Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram?


Happy weekend!

Assalamualaikum,,,,

Ok hari ni takde benda pun nak post actually, saje nak penuhkan ruangan wall blog korang. heeeee ^_^
Di pendekkan cerita lah, happy weekend and happy school holiday yeah! by the way sekolah je cuti, kita yang bekerja ni tak cuti pun. hmmm so boring because tomorrow i have go to work, i'm the lazy girl actually.. hehe (mengaku ni). So hari ni niatnya nak pegi tengok konsert yang dianjurkan oleh KEJORA di Taman perumahan kita. Bila dah sampai ke tempat destinasi yang dituju, tengok-tengok takde pape pun, konsertnya malam nanti. So dibawah pancaran matahari yang terik tetiba tekak ni terasa kering lah plak, so kami pun apalagi nak cari aiskrim lah, jauh perjalanan kami maklumlah kami cuma naik si keldai merah je so jauh lah parking taknak berlaku kesesakan lalu lintas. Jalan punya jalan tetiba disebalik kereta-kereta yang banyak berderet ni terlindung sekor anjing, terkejut kami. Dia main acah-acah plak, kita kekiri dia pun kekiri, kita kekanan dia pun kekanan, lama juga lah bermain acah-acah bersama anjing ni, haihhh susah kami nak elak dari anjing ni. Then tetiba datanglah sekumpulan jejaka-jejaka impian malaya (ecehhhh idamankah? :p ) dia datang menyelamatkan kami ecewahhh terasa macam putera turun dari kayangan lah plak kan.. hihihihi.. Terselamatlah kami dari bahana anjing kurap ni..

Wahhhh terasa nikmatnya makan aiskrim ni.. Maklumlah kan sekarang ni cuaca agak panas, dan bila petangnya awan-awan pasti akan menangis. Tu yang syokkk oooo main hujan.. hihihi. Destinasi kami seterusnya ialah lepak di tasik buatan di T6, tempat tu sesuai untuk kami beriadah di hujung minggu..





"kita tak curi aiskrim awak lahh. " hehe




Hamboiiii khusyuknyaaa makan sampai tak ingat orang-orang sekeliling ye.. hampehhhhh! 




Nothing to say.. 


P/S : Happy weekend and happy school holiday especially to my sis and bro! manfaatkan lah cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. 
Salam berhujung minggu.. *_*



Saturday 23 March 2013

1 Malaysia Support For housewives..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Kita nak kongsi sikit ni pada 10 mac 2013 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Pelancaran 1 Malaysia Support For Housewives (1MS4HW). Program ini dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Program ini diadakan bertujuan untuk membela nasib ibu - ibu tunggal untuk memajukan diri. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh YB Senator Dato' Maznah Binti Mazlan timbalan Menteri Sumber Manusia..









Dato' Maznah sedang memberi ucapan dan merasmikan majlis pelancaran  1MS4HW..


Merasmikan majlis pelancaran 1MS4HW..







Majlis penyampaian cek kepada OB (orang berinsurans)  yang disampaikan oleh  Dato' Maznah..






Group kami PERKESO kluang..
 




Booth PERKESO Kluang.. Saya sebelah KE dan Pn KCM.. hehe




Ni gambar curi di amik oleh mamarazi yang tak bertauliah.. hahaha  *maaf dila*  ^_^ V










Ok lahh cukup setakat ni je lah yang kita dapat kongsikan tentang 1 Malaysia Support For Housewives yang  berlangsung pada 10 mac 2013 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dataran Tasik Kluang.. 





















Friday 22 March 2013

Kebaikan minum Air Putih..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Ok harini saya nak kongsikan dengan semua orang tentang kebaikan minum air putih ni, air putih ni banyak khasiatnya..Jangan lupa minum air putih ni banyak2 tau..

Terapi Air Putih :-

  1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dapat membersihkan organ-organ internal.
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal.
  3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
  4. Minum segelas sebelum tidur dapat mencegah serangan strok + serangan jantung.
Satu perkara mungkin kita tak tahu persoalannya iaitu mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri? Nak tahu sebabnya? Ok sebabnya,, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis Sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri.

Air yang kita minum elum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh Sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat kepada umatnya! 




P/S : Jangan minum berdiri.. 
Sekian saja untuk entri pada kali ni, Ins ha Allah ada masa kita jumpa lagi pada entri yang akan datang..... 
Wasalam,,,,,, ^_^

Friday 15 March 2013

True friend!

Assalamualaikum,,, hye blogger bertemu kita kembali diruangan yang sama dan diwaktu yang sama, Allhamdulillah syukur kehadrat ilahi kita masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ni. (Ecehhhh macam menteri lah plak bagi ucapan bagai)  hehe.. Hidup ini ibarat roda, roda yang berputar tidak mengira masa, pantas masa itu berlalu, dan pergi meninggalkan kita. Kita tidak semestinya sentiasa berada diatas adakala kita akan terjatuh jua. Hidup ini sementara, so kita takyah nak belagak sangat  dengan kehidupan didunia ini. Allahuarabi! Allahuakbar! subhanaAllah! sungguh indah ciptaanMu ya Allah.
Ok kita berbalik semula pada topik kita yang asal.. The TRUE FRIEND.

Friends come and go, friends love and grief. Friends do not always companions and friends were not necessarily friends. There are many friends that we have, but true friends are hard to find. The reason true friend willing to be with us when are thick and thin. Tak semua kawan kita boleh jadikan dia sahabat, tapi sahabat sejati adalah yang sanggup berada disamping kita semasa susah atau senang.
Malas lahh nak cerita panjang2 dema tengoklah sendiri gambar ni. hehe




This my bff! i love them so much! :* hihihihihihihi