Tuesday 19 June 2012

Campur baur. :/

Assalamualaikum, Hye blogger. How are you there? I hope you all will be fine and in good condition. aminnn :) , its been taken along time for to make a new entry. Homaiiiiiiii, its so bad actually. :/ 
The firstly i want story about myself *ohmyenglish*. haha. ok forget it. Actually takde benda nak cerita saja je. saja nak penuhkan ruang kekosongan ni. hehehe.
Hmmm. See my topic today, campur baur means cerita yang bercampur2 lah, macam kita masak campak2 tu. haha.  actually dah malas dah nak pikir2 pasal remeh temeh ni, penat dah, biarlah kalau dia jodoh kita sejauh mana dia lari pun pasti dia akan datang balik kan? aku paling suka ayat ni " Jangan bimbang jika anda tidak bercinta pada hari ini, kerana jodohmu telah tertulis dalam takdir hidup. Hanya berdoa yang terbaik sahaja." Maybe ada lagi yang lebih baik dari dia. Allah saja nak menguji hambanya supaya beringat kepadanya. Ok now aku nak kejar cita-cita dari mengejar cinta.. Lupakan jelah pasal cinta2 ni. Actually da hampir setahun single but ada aku kisah? happy lagi ada lah. kawan2 semua ada boipreng tapi aku takde, tak kisah pun semua tu yang penting kita enjoy. hihi. "maaf ye hati saya bukan untuk sesiapa". cinta lepas kahwin pasti ia indahkan? like my parents, cinta yang ditentukan oleh parent, wahhh nak camtu juga lah. i'm happy with my family now. even cinta mereka ditentukan oleh parent tapi mereka bahagia sampai sekarang, padahal mereka tak pernah kenal pun dulu apatah lagi dating macam budak2 sekarang ni. kecik2 lagi dah pandai nak dating2. ish3 teruk. 
Aku ada cakap dengan mak aku, lebih kurang macam ni lah ayatnya "mak lau orang takde calon lagi sampai umur 24 tahun mak carikan ea? yang pasti orangnya mestilah beragama, hormat orang tua, peramah senang cerita macam along lah mak. hihi. hamboii cerewet bebeno. mestilah semua orang nak cari lelaki yang beragama rite? sebab lelaki kan imam bagi kita dats y aku nak lelaki yang macam tuh, sebab dia boleh bimbing kita. Aku nak cari lelaki yang macam abang aku ni sebabnya abang aku seorang bakal ustaz lebih kurang lah. hihihi. wa tabik spring sama lu bro. :p 
Tapi bak kata orang kalau kita baik, baik lah juga bakal suami kita begitu juga sebaliknya. Tapi cita-cita aku memang nakkan seorang lelaki yang ala2 ustaz gitu. hehe. tak salahkan yang pasti diri kita sendiri mestilah taat kepada agama jugakan? 
Nak tau lagi tak? sebenarnya atuk aku seorang imam masjid sebab tu family belah mak aku ala2 ustaz sikit. saja nak bagitau. :p. bila aku tengok atuk dengan nenek aku sejuk je rasa hati ini. kadang2 terpikir juga kenapa aku tak macam diaorang? hmmm. 
Aku bersyukur sebab dilahirkan sebagai seorang muslim tapi aku taklah alim sangat, setakat biasa2 je.. Alhamdullilah aku diberi didikan agama sejak dari kecil lagi. 
Ahmad fakaruddin attar -7 petala cinta-

P/S:: Selami hati, selami jiwa, selamilah akal.. *ececewahhhhhh* ^___^

Sunday 17 June 2012

Fakta ke auta?







  1. Katak boleh dieja terbalik kataK dan masih berbunyi katak tetapi jika kita terbalikkan katak, belum tentu ia akan mengeluarkan bunyi.
  2. Kuda amat kuat berlari dan mampu memberi duit haram yang banyak tetapi penagih pil kuda menghabiskan banyak duit haram untuk benda haram.
  3. Arak mula dicipta oleh manusia, saya ulang MANUSIA, bukan anjing, bukan babi dan bukan beruk tetapi apabila manusia mabuk, 3 binatang inilah yang mereka sebut, pelik tapi benar.
  4. Ikan kaya dengan protein dan dijual dengan harga yang mahal tetapi nelayan tetap miskin, memang misteri.
  5. Ramai pemimpin negara suka bersedekah, tolong anak yatim, tolong orang susah, bagi duit pada rakyat, bagi makanan dan pakaian serta duit saku pada fakir miskin dan bagi sumbangan pada badan-badan tertentu, mereka sungguh pemurah apabila dekat pilihan raya.

Thursday 14 June 2012

Andai dia jodohkku..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Wahhhh tajuk aku pada entry kali ini andai dia jodohku *ecehhhhh*. Actually aku dah pasrah, redha aku da puas rasa disakiti. Now aku tekad aku taknak cari teman lelaki but aku nak cari calon suami, bak kata Ustaz Idrus azhar haram couple-couple kalau takde niat nak menikahi perempuan tersebut.  Tetiba aku terbaca pula satu ayat ni :
 Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan Mu
Dialah permata yang kucari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tidak pasti rencana Ilahi
Apakah dia akan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat Mu

Jika dirinya bukan untukku
Redha kan hatiku dengan ketentuan Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat Mu
 Semua orang nak jodoh yang terbaik kan. Actually Allah dah tentukan siapa jodoh kita.. :)

Dugaan..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
1st sekali aku nak cakap , actually aku da lama tak buka blog ni berhabuk da kot. Da berkurun lamanya, berzaman, berabad dah. haishhhh.. ehehe. Ok tujuan utama aku menaip entry ni adalah untuk memberitahu bahawasanya dragon ball ada 7biji. See my topic yang kat atas tu, tajuknya DUGAAN. Mesti korang semua tertanya-tanya kenapa dugaan? ada apa yang berlaku? Nothing happen to me actually but i just want to share what happen to myself. Biasalah kan kalau dah habis study mestilah korang semua nak kerjakan? Nilah dia dugaan aku. Bermacam dugaan yang menimpa diriku, semua atas kehendak Allah, Allah sengaja memberi hambanya ujian supaya kita lebih mengingatinya. Yes i know that but semua orang melakukan kesilapan juga sama seperti aku. Ok sangat tersentap dengan kata-kata seorang hamba Allah ni, boleh dia cakap ''aku nak tengok sampai bila dia boleh bertahan" see kenapa dia boleh berkata begitu sedangkan aku hanya ingin berdikari, niat aku taknak menyusahkan sesiapa pun, aku tahu aku hanya menumpang, that's why aku cari rumah lain tapi kenapa kata-kata itu yang dikeluarkan dari mulutnya? if ada salah pun aku da minta maafkan? 
Then aku berhenti kerja dan balik Johor. Then aku kerja dekat tempat pakcik aku punya kawan, disitu lah bermulanya kisahku, setiap hari aku bangun pagi tepat pukul 6.00 pagi then aku pergi kerja 7.00 dan balik pukul 6.00 petang berapa jam aku kerja? tak berbaloi gaji aku. Setiap hari aku berdoa supaya dipermudahkan segalanya. Aku pergi kerja sebelum matahari naik dan balik kerja matahari nak terbenam. Tapi takpe demi sesuap nasi ku gagahkan juga diri ini even hatiku selalu memberontak nak berhenti kerja. Bak kata pepatah berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Aku pegang kata-kata ini. 

P/S:::... Kita kena tabah menghadapi semua dugaan yang mendatang. :) 

Tuesday 17 April 2012

Kisah sedih seorang ibu

Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang 
lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni 
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab 
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam 
blog ni.


Cerita ni 
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian 
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!


Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.


Pada suatu 
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya 
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini 
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci 
kepadanya dan terus lari.


Keesokan harinya 
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau 
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau 
mati saja?!!!”


Ibuku hanya berdiam diri!!!


Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya… 


Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku 
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.


Suatu hari ibuku 
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak 
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, 
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau 
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus 
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan 
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah 
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan… 


Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah 
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!


Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat 
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu 
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan 
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin 
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana 
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu 
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat 
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak 
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku 
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…


…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia 
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

Wassalam...

Sunday 8 April 2012

Penawar Hati

120- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.
120. "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku." [137]

121- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
121. "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." [138]
---------------------------------
[137] HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih.
[138] HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173.

35- DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM

122- لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ.
122. "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia." [139]
123- اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.
123. "Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau." [140]
124- لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.
124. "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim." [141]
125- اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا.
125. "Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu." [142]
---------------------------------


[139] HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092.
[140] HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959.
[141] HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits tersebut adalah shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168.
[142] HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335.

FADHILAT SOLAT

FADHILAT SOLAT

albaqarah: 45


Hadith 1

Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"
Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?
Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.
Kata Abdullah ibn Mas'ud:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'
Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"
Hadith 2

Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)."
Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu:
1.Solat-apabila telah masuk waktunya
2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan
3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya."
Ramai orang yang menganggap diri mereka sebagai orang Islam yang mengamalkan perintah Allah dengan bersolat secara menjama'kan solatnya apabila pulang ke rumah hanya dengan alasan mereka dalam perjalanan, berniaga atau bekerja.
Menangguhkan solat sehingga luput waktunya tanpa sesuatu alasan yang kukuh (misalnya uzur) adalah satu dosa besar. Walaupun ia tidak semudharat melengah-lengahkan solat namun berat juga.


Hadith 3:


Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal, tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".
"Yang senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat dilengah-lengahkan.
Dari itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan, dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang diterimanya."
Menerima nasib seperti mereka itu dengan jelasnya menunjukkan azab yang pedih sedang menunggu mereka yang melengah-lengahkan solat. Walaupun yang kafir akan kekal abadi menderita azab, sementara yang beriman akan dilepas setelah diazab beberapa tempoh dan akhirnya dibenarkan masuk syurga, namun tempoh azab ini tidak siapa yang tahu, mungkin sampai beribu-ribu tahun lamanya.

Sumber: Kitab Fadhilat Solat/ Fadhilat Amal

Nothing to say. heeee ^___^

Assalamuailaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca.

First sekali saya nak cakap, actually saya da lama tak menaip entry lebih kurang sebulan lebih. Sebabnya saya tersangat laa sibuk sehingga takde masa nak taip. haha.
Actually saya takde cerita pun nak cerita . hihi
Saja penuhkan ruangan ni untuk mengisi kebosanan. haha
ok laa bye. see u the next entry. ^___^

Tuesday 7 February 2012

^____^

Asslamuailaikum dan selamat sejahtera..

Sudahhh sekian lama tidak menaip entry ni berhabuk da gamaknya.. haishhhhh , apapuntakboleh..
Hmm , susah juga ea nak cari keje lepas graduat ni kan.. nak futher stdy mak ckp kmpul duit dlu then kita bole amik PJJ.. ikut je laa ckp mak.. lagi nak cari keje pe ni , puas sudah ku mencari.. haishhhh..
Bak kata org rezeki tak kemana kan ? Sekian je laa entry kali ni , kusut kepala otak nga fikir pasal keje.. polis pun ok gak kan.. jengjeng.. hehehe