FADHILAT SOLAT

Hadith 1
Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Islam tertegak di atas lima  rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad  adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat;  mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"  
Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima  batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi  itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru  khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh  ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang  di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak  itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah  yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu  telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?  
Lima  tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan  kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak  mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya,  namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.  
Kata Abdullah ibn Mas'ud: 
"Aku  pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah  yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian  aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan  keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan  lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.' 
Mullah  'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat  adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi  olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"
Hadith 2
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh sampailah dia ke salah satu pintu kabair(dosa besar)." 
Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : 
"Jangan melengah-lengahkan tiga perkara iaitu:  
1.Solat-apabila telah masuk waktunya 
2. Pengkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan  
3. Perkahwinan seorang wanita- apabila sudah ditemui jodohnya."  
Ramai  orang yang menganggap diri mereka sebagai orang Islam yang mengamalkan  perintah Allah dengan bersolat secara menjama'kan solatnya apabila  pulang ke rumah hanya dengan alasan mereka dalam perjalanan, berniaga  atau bekerja.  
Menangguhkan  solat sehingga luput waktunya tanpa sesuatu alasan yang kukuh (misalnya  uzur) adalah satu dosa besar. Walaupun ia tidak semudharat  melengah-lengahkan solat namun berat juga.
Hadith 3:
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW memperkatakan tentang solat baginda bersabda :
"Pada  hari Hisab, solat akan menjadi nur kepada orang yang mengejarkannya;  menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Walhal,  tidaklah ada nur , pembela dan penyelamat".  
"Yang  senasib dengan orang-orang ini pada hari Hisab adalah kerana  amalan-amalan orang yang sesat ini diikuti . Itulah sebabnya solat  dilengah-lengahkan.  
Dari  itu jika seseorang melengah-lengahkan solat kerana tamakkan kekayaan,  dia akan menemui nasib Qarun; jika kerana cintakan kedaulatan, maka  nasib Fir'aunlah yang diterimanya; jika kerana berhasrat hendak  mendampingi seorang raja maka nasib Hamamamlah yang diterimanya; dan  jika kerana sibuk dengan berniaga maka nasib Ubay bin Khalaflah yang  diterimanya." 
Menerima  nasib seperti mereka itu dengan jelasnya menunjukkan azab yang pedih  sedang menunggu mereka yang melengah-lengahkan solat. Walaupun yang  kafir akan kekal abadi menderita azab, sementara yang beriman akan  dilepas setelah diazab beberapa tempoh dan akhirnya dibenarkan masuk  syurga, namun tempoh azab ini tidak siapa yang tahu, mungkin sampai  beribu-ribu tahun lamanya.
Sumber: Kitab Fadhilat Solat/ Fadhilat Amal

No comments:
Post a Comment
Ce Komen. ^__^