Friday 23 December 2011

Pengaruh cerita slot akasia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum nak cerita pasal tajuk saya pada kali ini , siapa tengok cerita slot akasia TENTANG DHIA ala kat tv3 tu , best tau , tengok laa. (promotla pula) haha. Tetiba nak cari suami macam si zikir plak , sangat sabar dengan semua perkara termasuk perbuatan mummy dia yang jahat tu , aishhh alangkah bahagianya.
Sebenarnya nak promot cerita tu je , korg tengok laa , best tau. hahaha. :P

Tuesday 20 December 2011

Lirik lagu Patah Seribu by Shila Amzah

Walau kau tiada disini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

CHORUS :
Oh... Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi...............

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkan dengan nota-nota
cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

(ULANG CHORUS)
Sayangku mohon padamu
segera tinggalkanku
pergilah kau tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah............

Monday 19 December 2011

Pemain gitar terkenal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Oke tajuk saya hari ni ialah , pemain gitar terkenal , ecehhhh kononnya suatu hari nanti . hahaha. main gitar pun terabur lagi ada hati nak jadi pemain gitar terkenal. Ingat kan main gitar ni senang , rupanya susah juga kadang sampi fedup rasa cam nak baling je gitar tu. panas barankan. haha. Menghabiskan masa bermain gitar selama sebulan aku dirumah. Oke laa sampai sini je , saya nak p main gitar sat naa. okbai. ^___^


Minat ! :D 

Sunday 18 December 2011

Saya suka memasak !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tajuk saya pada hari ini ialah saya suka memasak , yeahhh. hahahaha. agak kelakar tajuknya  pada malam ini. ye laa lapar memanjang , tu yg asyik nk makan , tapi tatau nk makan apa. tu yg masak je. saya memang suka makan then suka masak. hahaha.
Oke laa next time story mory lagi meh. Nak masak . okbai.. ^___^

Mereka tinggalkan saya !

Assalamualaikum , tetiba malam ni terasa rajin nak menip entry setelah sekian lama tidak menaip , bukan apa cuma tatau nak cerita apa. so tetiba malam ni pula ada cerita yg hendak dikongsi bersama . Nak tau kenapa tajuk saya malam ni , MEREKA TINGGALKAN SAYA ? because mereka sume telah menyambung pengajian mereka dan telah meninggalkan saya keseorgn , hmm. BELAJAR RAJIN2 YE KAWAN2 , if ada rezeki aku sama tempat ngn korg kita jumpa lagi oke. heeee . sedih sebenarnya , saya telah ditinggalkan , tapi takpe perjuangan mereka harus diteruskan untuk masa depan , dan tak lupa juga mengingatkan pada diri saya juga , saya kena tggu result sama ada saya dpt mnymbung pngajian pada 20/12/2011 , cuak babe. (minta2 laa dpt tmpt sama ngn dorg). AMIN... 






::: P/S ; SEMOGA CITA2 YG DIIGINI TERCAPAI SUATU HARI NANTI , AMIN... :::

Thursday 1 December 2011

December already !

Assalamualaikum ,,,
Rasanya da lama sgt tak menaip entry ni kan , da naik berhabuk da , tu diaa habuk , byk sgt ni.. adoiiii
Erm sekejap je kan masa berlalu , skrg tiba sudaa bulan disember , lg sebulan kita akn mnggalkn tahun 2011 , umur kita da makin meningkat , tetapi adakah amalan kita makin meningkat ? hmmm
Mengikut kelendar islam , kita sudaa pun melangkau ke tahun 1433 masihi..

Friday 7 October 2011

CINTA !

Apa itu cinta ? apa yang kita tahu pasal cinta ? sebab cinta kita lupa segalanya , benar lah kata orang cinta itu buta. Pabila kita taksub pada cinta , segalanya kita lupa , ALLAH , kedua ibubapa , dosa dan pahala , nauzubillah.. Berlakunya maksiat berleluasa , penzinaan , pembuangan bayi. Sedarkah kita tentang semua yang berlaku ini ? ni lah manusia zaman sekarang. Pelbagai bencana alam telah berlaku , tapi sedarkah kita ? tanda2 kiamat kecil telah berlaku. Wahai manusia sekalian bertaubat lah kamu , sebelum terlambat. Dunia dah semakin tua.


P / :: remember that the love of God will live for ever ::

Wednesday 5 October 2011

Perlu ke tahu ?

Hurm. Susah nak luahkan bagaimana rasanya hati ini bila disakiti dan dilukai , hanya ALLAH saja tahu bagaimana sakit nya hati ini. Ramai orang Tanya aku. “ko tak nangis pun ? then aku menjawab takkan aku nak menangis depan orang ramai nak menunjukkan kesedihan yang aku alami. “ memang depan orang ramai aku berpura2 gembira sebab aku tak kan tunjuk kesedihan aku. Aku nak diaorang happy bersama aku , aku tak nak diaorang risau pasal aku. Memang orang kata kumbang bukan seekor , mybe kita boleh dapat orang yang lebih baik dari dia. Inilah dikatakan fitrah kehidupan setiap manusia. Tak semestinya kita akan sentiasa disayangi , adakalanya kita juga dibenci. Hurm.. susah nak luahkan dengan kata2. Orang lain tak kan faham apa yang aku alami sekarang ni. Tersangat sakit ! aku happy jika dia happy disana. Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak ! jangan pernah melupakan kenangan kita. :)



P/S ..::: people change , the circumstance also change.. but the memories , all the moment we faced together , will never changes it will always remains the same , FOREVER ! :::..

Saturday 1 October 2011

yeahhh jogging part 2 !!

Assalamuailaikum dan salam sejahtera  ,,,
Kali ni saya mls untuk menaip entry so , korg2 semua tgk laa video2 yg kami telah amik ni … Sebenar nya byk lg pengambaraan kami , so saya pendekkan je , mls nk cite merapu … nnti korg kata “ tah pape laa yg dia merepek ni “ hahaha …  
Ni laa hasil dokumentari ( konon laa ) 1st time buat kot , so mesti korg rasa video agak merepek , sebenarnya byk benda nak disampaikan tp tak de skrip , tu yg main hentam je ckp.. haha .. Ni laa hasil video yg kitaorg amik .. hehehe .. LAYANNNN ~~~~~~ ^_^





 





Tatau la nak kata kan sayur apaka ini ? heeee

Pemandangan yang menhijau menyejukkan hati kami , kalau tension pergi la tempat yang hijau cnfrm da tak tension lagi.. hehehe :p ( haih nyaman nya )

Menurut uncle ni , tanaman sekarang kurang menjadi , kerana musim tengkujuh kot.. hohohoho :D

Ni pun tatau la nak katakan sayur pe sebab sayurnya lain dr yg lain…

Ni adalah jagung… MMmm beshtnya lau dapat makn jagung yang pns2.. hahaha


::: So kesimpulannya disini , kitaorg memang suka kan kehijaun ( pencinta alam )… hehehe *_^ :::






Friday 30 September 2011

you !


you :)


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do

Friday 23 September 2011

PILIHLAH YANG TERBAIK …

Pada suatu hari di sekolah , seorang murid bertanya pada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..
PELAJAR : “ Cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ?”
CIKGU : “ Oke kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Da petik rumput yang PALING cantik , bawa ke kelas.”
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas , tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih ?
PELAJAR : “ Tadi masa saya berjalan , saya cari la rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik , maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang , saya tak  jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula , jadi tiada la rumput yang saya boleh petik . “
CIKGU : “ Ya itula jawapan nya. Maknanya apabila kita telah sayang , jangan la kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap da berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatla orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.. “


P/S::…  Janganla kita mencari yang lagi baik daripada itu bak kata pepatah “ yang dikejar tak dapat , yang dikendung berciciran , last2 dua-dua tak dapat lepas tu menyesal tak sudaaa , renung-renungkan dan selamat beramal …::  :)

Wednesday 14 September 2011

Bole putarkan balik kan masa tak ??




Tetiba rindu plak masa dulu2... bila tgk adik pergi sekolah , terasa teringin nak kembali ke sekolah ( ayuh kembali ke sekolah ) merapu jap.. hoho.. Tapi apa kan daya umur ku sudaa melebihi untuk kembali ke sekolah.. hurmm ... 
Bila dizaman sekolah nak sgt cepat habis , bila da habis sekolah hampeh semua kawan2 buat hal sndri.. Tapi aku tak kisah je ( mak oke je ).. Kawan dengan siapa2 pun bole .. 
Then lepas SPM aku tak keje pun , sebab kena berkhidmat untuk negara ! YEAHH !! Aku pergi khidmat negara dengan paksa rela , bukan rela hati.. hoho.. tu la 1st time berjauhan dengan family terutama mak ( anak mak la katakan ) anak ayah juga .. Mlm tu aku tak bole tido sebab excited la katakan ( pdahal tak de rsa nk pergi pun ) .. Pg2 lg aku da bgun untuk melengkap kan barang keperluan semasa keberadaan aku disana nanti selama 3 bln ( lama kan ), then pg tu aku dihantar oleh mak , ayah , adik dan abg.. Abg aku sngguh jahat , telah membuat kan aku menangis tak nak pergi ... Tu pun 1st time mak dan ayah melepaskan aku pergi even hati mereka juga berat ingin melepaskan aku pergi.. Tak pe mak org akan berdikari.. YEAH !! ( kuat kan hati ) .. cuma nak sedap kan hati je , pdahal air mata da tak bole tahan lg daa , menjurai2 mengalir.. haishhhh ... macam2 pengalaman dilalui disana , syok juga ea .. best tau ... rasai la pengalaman nya.. hehe..
Selesai 3 bln berkhidmat untuk negara , aku pun kembali ke tanah air ( cehhh cam la pergi berjuang pdhal PLKN je kot ) ahahaha :P ... sekembali nya aku ke rumah , adik ku berkata " kak kenapa muka ko cam pakai topeng " gelap sgt ke aku masa tu , snggup tak keluar ke rumah sebab nak muka kembali seperti asal.. Then aku balik kg pkcik plak bertanya " ko tak nak jd askar cam ayah ko ke ?  dlm hati ku berkata " askar ? ahh , tak nak ! mak tak sanggup .. " huhu
Then beberapa bln aku terperap di rumah , tiba pula giliran aku melanjut kan pelajaran di politeknik setelah beberapa hari mak dan ayah menghantar abg menyambng pengajian nya di peringkat degree, mak dan ayah terpaksa mengambil cuti lagi untuk menghantar aku .. kesian mak dan ayah kan .. hurmmm .. tak pe org akn belajar bersngguh2 untuk membalas jasa mak dan ayah.. 
Cerita di politeknik pula ...........
Aku tak kenal pun2 budak2 ni , aku pun meramah kan diri ku ini even tak la seperamah sgt , tapi peramah la juga.. then aku pun berkenal2 dengan roommate aku , alhmdllah mereka semua oke  aku pun dpt kwn .. ( lau nak berkawan jangan nak memilih sgt nnti tak de kwn lg ssh ) ... sem 1 , niat aku dtg sana bkn nak BERCINTA tp nk BELAJAR tp..... ( org kata dr hti trun ke mata )  ada pula seorang mamat ni nk kenal dengan aku pula , kan aku da ckp mak oke je siapa2 nak kawan pun bole ( promot dri la plak ) then dr kwn bertukar status relationshp la pula , tp dia seorang yang playboy hbgn kami berakhir smpi akhr sem 1 je.. sekejap je kan.. haishhhh sedih la juga , tipu la lau kata tak sedih kan.. 
Setelah bberapa hari clash dengan si DIA aku pun mndpt pggln misteri dan tak di ketahui , then aku pun buat bodoh tatau je la, byk kli la juga dia mscall .. malas nak layan ... then ttbe ad la seorg mamat ni , kwn dia msg aku ckp yg si kwn dia ni nk msg aku , aku kan da ckp MAK OKE JE .. then bermula nya perkenalan kami.. So sweet .. lama juga la kami berkawan smpi la sem 4 .. then kami pun bertukar relationshp... sgt happy la masa tu.. sgt2 syg dia ... heeeeeee ( gatai naaaa ) haha... 1 lg suka tgk dia pki kemeja hitam sgt smart .. hehehe ...
Sem 4 ada la sem last kami bg diperingkat sijil , bermacam2 hal yang telah kami tempuhi.. 
Ada housemate aku ni , tersangat la baik , ssh senang kami bersama , lau aku ad masalah di dia akn mmbntu , lau dia ad mslah pun aku akn tlg tak lupa juga dengan roommte aku seorg ni.. syg korang lebih laaa...  kitaorg beating siapa dpt pointer plng tggi akan blnja , tp pointer aku setakat ckup2 makn je tak de la smpi AKJ tp alhmdllh cecah juga la pointer aku 3 dan pointr dia 2 thn berturut2 dpt AKJ , pehhh jeles seyh ngn ko , cmne ko bole dpt AKJ .. Tak pe2 nnti smbng dip nk dpt kn AKJ juga .. 
Bila imbas kembali semua ni , rasa rndu yang tersngat !! kalau la bole putarkan masa , aku tak kan sia2 kan masa ni .. 
form 5 , masa ni ad  hari koko sekolah , so kitaorg disruh meniaga , kitaorg pun meniaga je la nasi dagang.. hehehe

form 5 .. ni kwn kelas.. cikgu kt depan kitaorg bole bergambar kat belakang .. hehehe ,,, kelakar je muka masa sekolah dulu.. :D

wirawati charlie , ceramah M16 ... yeahhhh !!


housemate aku , syg ko jah .. thx for being my frenz.. ;)

roommte aku .. thx for being my frenz mayam .. syg ko.. ;)


P/S :: Jika anda pembaca yang terasa cerita ini hanya sebagai imbasan zaman dulu , sorry yea .. hehehe :: :D peace no war !!

Tuesday 13 September 2011

yeahhh jogging !!

Haaaaaa ,ni la masa ny untuk beriadah setelah sbln berpuasa n selesai semua aktiviti2 mengemok kan badan (makan tido , makan tido) kini tibe masa nya meluangkan masa dengan berjogging.. yeahhhh !!
Di suatu petang yang agak bosan dengan angin sepoi2 dwibhasa , saya bersama roommate saya telah meluang kan masa dengan beriadah iaitu berjogging..  Tersangat la enjoy !! HAHA !
1st day berjongging , hanya warming up saja , jogging smbil cuci mata .. oke kn ...
2nd day berjongging , 1 taman kitaorg round smpi la ke kg mana yang kitaorg masuk tiba2 : wow byk nya lembu , mereka2 semua hampir mendekati kami , al maklum la berjongging pakai baju warna merah ( this my fvrt colour la )  ohhh , sgt takut ... Nak patah balik ke belakang tersangat la jauh , dan byk nya anjing .. jadi kami terus kan juga perjalanan kami even anak lembu tu  hampir2 mendekati kami ,,, masa tu nak je menjerit , tp apa kan daya , tak de org ! nk call hp plak tak bawa , ketika itu hanya mampu b'fikir realiti or fantasi .. ( igt berada dikayangan n diselamat oleh sang putra ) wahh berpuitis sebentar .... ahahahah ... mak kami takut !! help me !! tolong kami !! macam2 perkataan terkeluar di mulut kami , anak lembu tu bole main acah2 dengan kitaorg , kitaorg berhenti , dia pun berhenti , kitaorg melangkah , dia pun melangkah.. rasa macam nak lari je masa tu , tp takut plak dikejar nya , tak cukup langkah plak kitaorg.. hahaha .. akhir nya kami berjaya juga melari kan diri dengan anak lembu tu .. haishhhh ( dlm hati selamat aku ) yeahhhhh !! berjaya juga kami .. Then kami terus kan juga perjoggingan kami sampai la ke jalan besar yang hampir ke pantai , wow gler kn .. ( selalu nya naik kereta je ) ..
Pemandangan di kg yang kami tak pernah masuk tu , sgt laa cantik .. pemandangan yang menghijau amat menyejuk kan mata dan dapat menyenang kan la bak kata org sejuk laa mata memandang...
mana tak nya jogging hanya seminggu sekali je.. hahaha ( buat taik mata je )
have fun !!
P/S ::.. lepas ni jongging jangan pakai baju colour merah :::..^_^

Sunday 28 August 2011

Tetiba nak layan nasyid pula ..

Ha, tetiba nak layan lagu nasyid plak , org lain semua dengar lagu raya , tp aku pula dengar lagu nasyid , hehehe ..  sekali sekala tukar mood apa salah nya , betol tak ?
Apa pon selamat mendengar dan selamat beramal ...
:D

                                                                    P/S :::. Renung2 kan dan selamat beramal....


Friday 26 August 2011

Raya !!

Wahhhhhh , sudaaaa sekian lama tak menaip enrty ni ..Almaklum laaa busy ..   pejam celik , pejam celik da nk raya rupanya .... yeahhhhhh raya dtg lg.. lg bpe hr je lg nk raya ,,,,, mesti korg2 semua sibuk b'shoppng kn ? al maklum laa raya nk dekat ... wahhhh shopping sakan laaa korg ye ... 
Ada sape2 da dpt kad raya ? wahhhh mseti bestt kn ,, t'igt masa zaman sekolah2 dulu , kad raya b'tukar2 tgn .. sekarang kad raya makin 'lupakan betul ke ? sekarang dunia daa maju macam2 teknologi sekarang makin canggih  , pelbagai cara yang bole d'guna kan untuk menghantar kad ucapan .. 


P/S ::... sebenarnya nak kad raya... hehe :p

Monday 27 June 2011

Diet ??

Rmi remaja ske b'diet kn ??
sme jerkcm aku ,,, owg kta aku xde lar gmok tp brisi jerk ,, pape pown aku rse aku ttp gmok .. nk diet juga ...
heeee ~~~


Keperluan Pemakanan Remaja
Mengapakah pemakanan itu penting kepada anda?
Pemakanan sihat adalah penting untuk :
  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
  • Sentiasa cergas.
  • Mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
  • Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.
  • Membekalkan tenaga bagi lelaki (apabila mereka mencapai akil baligh) untuk pertumbuhan otot.
Mengapakah anda memerlukan tenaga?

Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :
  • Pembinaan otot tubuh.
  • Mengekalkan suhu badan.
  • Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.
  • Melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Berapakah keperluan harian pemakanan anda?
  • Keperluan harian anda adalah bergantung kepada :
    • Saiz fizikal.
    • Kadar pertumbuhan.
    • Tahap aktiviti.
    • Jantina.
  • Secara amnya, badan anda memerlukan :
    • Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada makronutrien).
    • Makronutrien: Karbohidrat, Protein, Lemak.
    • Mikronutrien:
- Vitamins Vitamin A, B, C, D, E, K.
- Mineral - KalsiumBesiIodinZink, Folat, Selenium.
  • Secara amnya, keperluan kalori bagi kebanyakan remaja sihat adalah tinggi. RNI boleh digunakan sebagai garis panduan bagi menentukan keperluan tenaga dan juga lain-lain nutrien.
  • Anda bolehlah merujuk kepada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005) untuk menentukan keperluan tenaga dan lain-lain nutrien. Keperluan tenaga dan nutrien bagi remaja yang mengandung dan remaja yang menyusukan anaknya juga boleh diperolehi.
  • Anda haruslah mengambil makanan yang seimbang berdasarkan kepada Piramid makanan bagi memastikan makanan yang diambil tersebut dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh anda.
  • Pilihlah diet yang sihat bagi mengoptimumkan pertumbuhan selain dapat membina keyakinan diri anda yang tinggi!
Bagaimanakah menilai status pemakanan anda?

Status pemakanan ditentukan melalui keseimbangan makanan yang diambil dan tenaga yang digunakan. Anda boleh mengukur IJT dengan merujuk jadual IJT berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut umur.









             P/S ::.; amlkn pmknan yg shat ,, ^_^
 
IJT

sudah sekian lme x mngupdate bLog ,,,,,

da b'bln lme ny aku x mnaip entry ni kn ,,, ha sbb ny aku bz n xde mse lgsg tok mngupdate ... hihihihihi ...
ni bru ad klpgn mse ,, so nk cte pe ea hr ni ,, hurm ni pown aku copy n paste jerk ,,, bca lar ... bosan tatau nk tulis pe ... heeeeee ~~

Berikut adalah senarai ramalan melalui bulan lahir seperti yang telah
dinyatakan oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah melalui kajian beliau selama
25 tahun. Ramalan ini boleh dijadikan panduan dan rujukan, tetapi
janganla percaya bulat-bulat pada ramalan ini dan terus menilai
seseorang melaluinya. Semoga ramalan ini dapat memberi idea dan panduan
yang berguna buat kita kelak. Sekian.


Bulan Januari
Bercita-cita
tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah
melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat
sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam
kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi,
mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang
selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup
sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada
segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat
tinggi.


Bulan Februari
Berfikiran
abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan
genius, personaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak
pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras
hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak
apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka
dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang
remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani
dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada
harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka
hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada
dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang
tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk
mempamerkan emosi


Bulan Mac
Personaliti
yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam
rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati,
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran,
suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan
kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan
sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka
diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih
pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang
muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan
terlalu moody.



Bulan April
Sangat
aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental
yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai
memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat
berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang,
sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi,
kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat
keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai
mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di
sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.


Bulan Mei 

Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran
yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati
orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik
dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap
pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk,
bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat,
memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu,
bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang
tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik,
kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta
melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam,
tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.


Bulan Jun

Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik,
berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan
moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya
aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera,
bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan
yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat,
suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah
berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai
mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka
berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang
mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada
barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak
terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah
kawan



Bulan Julai

Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti
terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan
maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah
apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga
hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah
terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan
tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara
fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang,
layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati,
pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian,
mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan
peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah,
suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali
terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak
kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih,
terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.


Bulan Ogos

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring
terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas
dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan
bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian,
semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah
marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang
tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin
dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan
dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa
penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih,
penyayang, suka mencari kawan.



Bulan September
Sangat
bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur,
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai
bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat
prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan
sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang
banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah
belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik,
pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat
yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong,
kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan,
terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik


Bulan Oktober
Suka
sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah,
sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak
pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan
kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak
lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang
kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka
terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan
dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat
kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni,
pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah
terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan
luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah
patah semangat.


Bulan November

Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya,
berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan
idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang
sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti,
personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah,
setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila
hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah
kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai
muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat
tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan
semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba
sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat
mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka
duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur,
setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi,
bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


Bulan Disember
Sangat
setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan
pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi,
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok
didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian
dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai
berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego
walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak,
pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik