Tuesday 22 January 2013

Di Mana DIA DiHatiku...

ALLAH itu amat hampir. TAPI, kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir...

SAAT PERPISAHAN.....
Jika sanggup datang mesti sanggup pulang, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah jika semuanya kerana ALLAH..
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan kesini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua..



No comments:

Post a Comment

Ce Komen. ^__^