Tuesday 15 January 2013

Kehilangan :'(

Ya Allah pada tarikh 11/1/2013 pukul 4.30 pagi kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang menyedihkan pemergian abang yang kami sayangi. Ya Allah sungguh berat dugaanmu, pada hari jumaat yang penuh barakah ini, abgku telah kembali kerahmatullah, Allah hanya meminjamkan sementara buat kami sekeluarga, tiba masanya Allah mengambilnya kembali, sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 
Sudah ketentuan ilahi kau pergi dulu menghadap penciptamu. orang yang baik Allah sayang. kami redha, sungguhpun berat hati kami, tapi ini suratan takdir yang telah tertulis dari luh mahfuz. 
Kau adalah abang yang terbaik buat kami semua, kau selalu memberi teguran kepada kami. kami semua excited menanti dikau pulang, tapi kepulanganmu membawa tangisan kepada kami semua. Pergimu dengan cara baik tidak ada sebarang penyakit, Ya Allah mudahnya. 
Duhai abang sungguh kami tidak menyangka mesej yang dikau kirimkan adalah mesej terakhir kau kepada kami sekeluarga. sesungguhnya kehilangan kau memberi impak yang besar kepada kami semua. 
Ya Allah, Allahurabbi, Allahuakbar, Astagfirullahal'azim. 
Tunggu kami disana duhai abang............. 

"along rindu mak"
"aku balik 15 ni"

  Allahyarham Mohamad Afham Bin Jumat



senyum tawamu menjadi kenangan buat kami semua. semoga kau tenang disana.. Al fatihah pengubat rindu kami buatmu disana.. :(

2 comments:

  1. Benarlah kata2 Alah yg Maha Agung " Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya". (31:34)

    http://projurist.blogspot.com/2013/01/you-left-so-soon.html

    ReplyDelete
  2. kita merancang Tuhan yang menentukan.

    ReplyDelete

Ce Komen. ^__^