Friday, 7 June 2013

Sedih…Abang, Tunggu Mak Di Syurga…




Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang…

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yg tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah gendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah & mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah & mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca², setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat² abah sapu dgn lengan sasanya.
“Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. Biar tangan kami saja yg memakai & membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
“Kakak, jangan menangis. Tak baik buat abang macam tu!”
Itu pesan mak semasa kakak² mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat² abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”
Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dlm liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi² mak terima ucapan takziah daripada tetamu yg datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yg mereka tanyakan pd mak.
Soalan itu asyik terngiang² di telinga mak.
Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tp setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dlmnya tercatat peristiwa yg berlaku sepanjang 4 tahun 2 bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yg tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pd catatan peristiwa lebih kurang 3 bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yg mak cari².
Jawapan untuk soalan yg mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung krn hati membengkak. Kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan utk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. 2 hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sgt melihat lori sampah yg lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah.
Puas mak & abah melilau sekitar KL, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yg sanggup buat kek macam yg abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dgn perut membusung, dada berombak krn sukar bernafas, abang masih tersenyum & nampak ceria melayan rakan² yg datang, sama² menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yg terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring & asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yg boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan. Mak redha. Dlm hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pd mak, macam mana dgn abang?
Mak jawab: “InsyaAllah, abang akan sihat!”
Mak terpaksa cakap begitu pd mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing² bertarung dgn ujian apabila anak yg dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yg mak beri itu kedengaran manis pd telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor utk bawa abang pulang ke rumah. Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu² terakhir bersama keluarga. Dan di saat² akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?”
Mak masih ingat pd suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!”
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: “Balai bomba!”
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dlm trak bomba. Pegawai itu garu² kepala, kemudiannya menggeleng²kan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya & hanya menanti masa utk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”
Bila lihat perut abang yg buncit & dada dipenuhi kesan parut & jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sgt biarpun cuma 15 minit abang di dlm trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka 5 saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yg mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?”
Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!”
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?”
Pekerja itu tertawa mendengar kata² mak. Kemudian, mak angkat baju abang & beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yg memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama². Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yg sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak & abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yg ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam² abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak & macam² lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pd pukul 3 pagi!
Apa saja yg teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak & abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi utk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.
“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dgn tubuh abang yg sudah tidak bernafas!”
Itu kata² mak pd abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia & redha jika apa² berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas utk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yg sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu utk benarkan kakak pulang.
“Adik tenat. Saya mahu kakak²nya berada di sampingnya pd saat terakhir!”
Itu kata² mak pd cikgu & akak diizinkan pulang pd hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yg sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dgn Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yg mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise utk abang tengah hari ini.
Rupa²nya, tengah hari itu datang tetamu yg juga rakan² alam maya Dr. Adura membawa kek lori yg abang mahukan sebelum ini.
Ada 2 kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang & ramai yg mahu menyediakan kek yg abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat & doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun utk abang. Tp abang kurang ceria, wajah abang tampak letih & nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu dtg membawa kek berbentuk lori warna pink utk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tp hati mak dpt rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dgn abang di dlm bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yg semakin lesu & pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk & usap rambut abang. Mak menangis teresak² bagai anak kecil.
Dlm tangis itu, mak katakan pd abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.”
“Jgn tahan² abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dpt sempurnakan apa saja hajat yg abang pinta. Mak juga bangga krn Allah hadirkan abang dlm hidup mak walaupun seketika!”
Abang hanya diam, memandang mak dgn pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas²nya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pd abah agar bawa semua anak² datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap² menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak mlm tadi. Makan minum pun tak mahu. Pukul 8 pagi, abah & kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat² krn cuba menahan tangisnya.
Pukul 3 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan².
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang & kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pd bahu mak.
“Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?”
Mak tunjuk pd abang sinar matahari yg kelihatan di celah² rintik hujan yg turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. Kemudian, abang menguap.
“Abang ngantuk!” Itu kata abang & kemudian abang terlentuk semula pd bahu mak.
Tiba² jantung mak berdegup kencang.
“Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah & kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.”
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dlm nada yg lemah: “Makkk..sakit perut..!”
Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan & amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak utk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!”
Mak ucapkan kata² itu sambil merenung jauh ke dlm mata abang yg semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak² agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu² & mula meraung & menangis.
“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dgn tangisan kamu!”
Mak marah mereka buat begitu pd abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih & berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang utk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yg ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar & tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu org luar lihat. Mak tak mahu ada org menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!”
Dan perlahan² mata abang yg layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pd jari mak semakin lemah & akhirnya terlepas.
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini.
Innalillah…
Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang:
“Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan & buat akikah utk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang & menggembirakan abang setiap saat & waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, & kaya pengetahuan.
Mak telah beri segala²nya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik & mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang…biarpun kini hidup mak & abah terasa sunyi & kosong tanpa abang, mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat² terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Akukan abang...

Assalamualaikum sahabat-sahabat, rakan taulan, ibu ayah, mak abah, umi abi, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik. Dah hampir 5 bulan along meninggalkan kami semua, rasanya macam baru semalam je kami  bergurau senda bersama along. Pemergiannya juga amat mengejutkan kami, tapi kami redha dengan ketentuanMu Ya Allah, suatu saat nanti pasti kami juga sama seperti dia cuma yang membezakan kami adalah amalan yang dibawa dialam barzakh kelak.

Rindu sangat nak bergurau senda bersama along macam dulu-dulu tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan along dari kami semua sayangkan dia. :'( Teringat suatu ketika semasa kami sama-sama break semester. Kami adik beradik bergurau senda bersama-sama.

" along : aku nak kawin umur 25, aku dah ada calon kau nak orang mana? semua negeri aku ada. hahaha (dengan bongkaknya dia bercakap). Tapi kau tak boleh kawin dulu sebelum aku, tak baik langkah bendul, akukan abang.
piqa : along, setau aku lelaki manada istilah langkah bendul ni, kalau perempuan ye lah. hahaha
along : ahhh biarlah akukan abang.  .
piqa : haaa ye lah kau abang, aku adik.
along : bagus adik kena dengar cakap abang. akukan abang...
piqa : tak habis kau punye abang. ye lah2 along. hahaha "

Ya Allah rindu sangat dengan gurau senda, gelak tawa dia. Hanya Allah yang tahu perit rasanya kehilangan seorang abang yang disayangi, bagaikan dunia ini gelap sekejap. Tapi aku kena kuat demi mak ayah dan adik-adik. Puasa dan raya tahun ini dan tahun seterusnya tanpa abang disisi kami. Terkadang hati ini terasa nak tahu sangat keadaan dia disana macam mana, Ya Allah itu semua kuasa tuhan, dan amalan yang dibawa bersama.




















Hanya tatapan gambar pengubat rindu kami semua. Al-fatihah :'( 






Thursday, 6 June 2013

Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :')

Family saya sayangkan kucing...lebih2 lagi mak saya...hari tu kucing kesayangannya mati dilanggar kereta orang...pastu mak bacakan 2 kalimah syahadah , kucing tu tarik nafas n mati...mak bungkus dengan kain putih , kemudian tanam n curah susu atas kubur dia.... Mak menangis tak henti2 semasa mengebumikan kucingnya...bunyi macam kelakar kan? tapi itulah yg manusia akan buat bila dah anggap kucing sbg ahli keluarga...



Setiap yang hidup pasti akan mati, lambat atau cepat je. Wallahualam

Wednesday, 5 June 2013

Madinah Al Munawwarah








InshaAllah kalau niat kita ikhlas Allah akan permudahkan segalanya, 
Allahummayassirwalatuassir..




Kisah Ibu dan Anak







Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya ,Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya. Kerja solehah sebagai penenun kain menjadikan hidup mereka serba sedikit senang. Dia dan anaknya masih boleh mengisi perut dan menjalani kehidupan walaupun tidak semewah orang lain. Sekurang-kurang mereka tidak perlu mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika ramai orang yang mengupah solehah untuk menenun kain, maka berisi lah perut mereka hari itu , tetapi jika tiada pelanggan, maka mereka terpaksa makan makanan simpanan sebelum ini yang sedikit untuk mengalas perut.Begitulah kerja Solehah yang tidak menentu setiap hari.

Pada suatu hari, tidak ada seorang pun yang datang ke rumah Solehah untuk mengupahnya menenun kain. Nasib baiklah, dia telah menyimpan sedikit roti untuk anaknya.

“Amru sayang, Umi minta maaf sebab hari ini hanya ada sedikit roti untuk amru makan, tapi Umi janji, esok kita makan nasi ya,” Solehah berkata kepada sambil menghulurkan beberapa keping roti untuk Amru.

“Umi, kalau Amru makan roti ni, Umi nak makan apa?” Amru menyoal ibunya yang masih tidak berhenti membelai rambutnya itu.

“Umi tak penting pun Amru. Amru makan kenyang-kenyang ya. Umi tengok Amru kenyang pun Umi rasa dah kenyang. Amru jangan risaukan Umi.” Solehah menjawab soalan Amru yang kelihatan masih setahun jagung itu. Bagi Solehah, dia tidak kisah untuk berlapar. Melihat anaknya ceria dan tersenyum setiap hari, itu sudah cukup membuat hatinya gembira.

“Umi, Amru janji, bila Amru besar nanti, Amru nak bekerja rajin-rajin. Amru nak bagi Umi makan enak-enak.” kata Amru pandai menjaga hati ibunya. Kemudian, dia menyuap sedikit roti ke mulut ibunya itu. Solehah hanya tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu.

Sejak kecil, Amru dididik dan dijaga oleh Solehah sepenuh kasih sayang. Dia diberi didikan agama yang sempurna dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap di badan Amru. Baginya, Amru merupakan satu-satunya harta peninggalannya. Setelah beberapa tahun berlalu, Amru telah membesar menjadi seorang pemuda yang segak dan tampan. Solehah pula semakin lama, semakin tua tetapi keringatnya terus jatuh ke bumi mencari nafkah buat keluarganya.Perubahan mendadak ditunjukkan pada sikap Amru. Dia sering keluar untuk bersukaria bersama kawan-kawannya. Dia juga semakin degil dan selalu melawan cakap ibunya. Walaupun disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja, tetapi nasihat ibunya yang tua itu langsung tidak diendahkan.Malah Amru sering menengking dan berkasar sehingga membuat ibunya itu terguris.

Solehah tidak tahu mengapa Amru bersikap sedemikian terhadapnya. Dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berkasar. Setiap hari, dia berdoa agar tuhan sentiasa melindungi Amru daripada sebarang perkara yang tidak baik. Amru pula, langsung tidak berubah, selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Dia akan ke pekan untuk menghabiskan wang yang diberi oleh ibunya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Duit itu banyak dihabiskannya untuk berjudi.Disebabkan berjudi itu juga, dia selalu dipukul kerana tidak dapat membayar wang yang sepatutnya. Begitulah rutin harian Amru. Dia tidak serik untuk berjudi walaupun tahu akibatnya. Apabila balik ke rumah, badan Amru akan cedera dan luka di sana-sini akibat dipukul. Solehah jugalah orang yang akan merawatnya. Dia menyapu ubat di badan Amru sambil menitiskan air mata melihat anaknya itu. Semahunya, dia tidak ingin perkara itu berlaku pada anak kesayangannya itu.

“Sakitkah anakku? Umi sapu perlahan-lahan ya.Kamu sudah besar Amru. Umi, sudah beberapa kali pesan jangan berkawan dengan orang yang tidak elok akhlaknya. Kamu juga yang susah nanti,” ujar solehah memberi nasihat kepada anaknya itu.Begitulah kata-kata yang sama keluar dari mulut solehah tiap kali merawat Amru. Amru hanya membisu seribu bahasa. Kesakitan yang dialami menutup mulutnya.

Namun Amru tetap tidak berubah. Perangainya masih sama seperti dahulu. Kerap kali keluar ke pekan bersama kawan-kawanya untuk berjudi. Tiap kali dia berjudi tiap kali itu jugalah dia kalah. Nasib langsung tidak menyebelahinya. Dan tiap kali dia kalah tiap kali itu jugalah badannya akan menerima padahnya. Begitulah nasib Amru setiap hari. Nasib baiklah dia mempunyai seorang ibu penyayang yang masih mengambil berat akannya.

Setiap hari seperti biasa amru akan meminta wang daripada ibunya sebelum keluar.

Umi!! Amru nak wang lagi!! Cepatlah Umi, kawan-kawan amru tunggu Amru tu!! Tengking Amru kepada ibunya yang telah tua itu.

“Semua wang Umi sudah habis Amru. Wang semalam ialah wang terakhir dari simpanan Umi. Umi sudah tiada wang untuk diberi kepada Amru.” Jawab solehah pilu. Semua wangnya telah diberi kepada Amru tanpa sempat pun dia membeli sedikit makanan.

“Umi tipu!!! Umi masih ada wang tapi Umi tidak mahu beri pada Amru kan??!!” Tengking amru. Jawapan ibunya itu membuatkannya marah. Kemudian dia terus menggeledah seluruh isi rumah untuk mencari wang. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana sekeping wang pun tidak berjaya dijumpai.

“Perempuan tua tak guna!!” Jerit Amru. Dia kemudian menolak ibunya sehingga rebah dan keluar dari rumah dengan perasan yang hampa. Amru benar-benar tertekan kerana jika tiada wang maka tiadalah keseronokan dalam hidupnya.

Di pertengahan jalan, Amru diberhentikan oleh seorang pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Pemuda itu kelihatan kaya dengan pakaiannya yang mahal. Amru tidak sedar bahawa pemuda itu sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia. Syaitan itu hanya ingin memerangkap amru.Bagi syaitan itu, Amru adalah  orang yang sangat mudah diperdaya dengan harta dan wang.

“Apa sebenarnya yang kamu mahu ?” tanya Amru kepada pemuda segak yang berdiri di hadapannya.

“Aku hanya mahu menolong kamu. Bukankah kamu kesempitan wang sekarang? Aku mahu memberi kamu wang yang banyak.” Jawab syaitan itu memperdaya Amru.

“Memberi aku wang yang banyak?!” Amru terperanjat dan gembira.

“Ya. Wang yang banyak. Tapi dengan satu syarat.” Ujar syaitan bijak bermain dengan kata.

“Apakah syarat tersebut. Cakaplah apa yang tuan mahu? Segera juga aku penuhinya.

Syaratnya, bawa hati ibu kamu kepada aku dan wang yang banyak akan menjadi milik kamu.

Tanpa banyak berfikir, Amru terus berlari ke rumahnya. Tanpa belas kasihan amru membunuh menanam,dan mengambil hati ibunya.Ibu yang selama ini menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Ibu yang sanggup berlapar demi anaknya. Ibu yang sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya.Ibu yang selalu merawatnya semasa sakit. Malah, ketika Amru pulang, ibunya sedang menyiapkan masakan kegemaran Amru tanpa terasa sedikit pun akan perbuatan Amru sebelum ini.
Amru sangat gembira kerana dengan hati ibunya itu, dia akan mendapat wang yang banyak. Dia terus berlari untuk mendapatkan pemuda yang berjanji dengannya tadi sambil membawa hati ibunya itu. Semasa berlari keseronokan membayangkan dia akan mendapat wang yang banyak, tanpa disedari Amru tersepak batu lalu terjelopok ke tanah.Dia mengerang kesakitan.

“Sakitkah anakku?” dengan izin Allah,tiba-tiba sahaja hati milik ibunya itu bercakap apabila melihat anak kesayangannya sakit akibat jatuh tersungkur.Dengan penuh kasih sayang hati itu terus bertanya. Soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali sehingga membuatkan Amru terperanjat. Tanpa mempedulikan kata-kata hati itu, Amru terus mengambil dan membawanya kepada pemuda yang menyamar sebagai syaitan. Syaitan berasa amat gembira sekali kerana misinya berjaya. Sebagai balasan Amru diberikan wang yang banyak sebagaimana yang telah dijanjikan.

Dengan wang yang banyak itu, Amru meneruskan kehidupannya dengan berjudi. Akhirnya sekelip mata sahaja wang banyak yang diberikan oleh syaitan tadi habis digunakan. Seperti biasa Amru akan dipukul. Apabila balik ke rumah, tiada lagi kedengaran suara bimbang ibunya. Tiada lagi ibunya untuk merawat segala luka-luka di badannya. Tiada lagi ibunya untuk memasak makanan kegemarannya. Tiada lagi ibunya untuk membelai-belai menidurkannya. Akibat sikap Amru yang suka berjudi, rumahnya dijual. Akhirnya Amru menjadi pengemis dan mati di tepi jalan akibat kelaparan.

Begitulah kisah menyayat hati seorang ibu dan anaknya. Kisah kasih sayang ibu kepada anaknya yang tidak berbelah bagi. Kisah pengorbanan seorang ibu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya itu sehingga hati masih mampu berkata-kata, risau melihat anaknya sakit. Kita pula bagaimana? Sayangkah kita pada ibu kita? Pernahkah kita membuat ibu kita menangis? Pernahkah kita bayangkan kanak-kanak yatim piatu yang tidak mempunyai ibu? Bagaimanakah nasib mereka? Kita ni sememangnya bertuah kerana mempunyai ibu. Jadi hargailah ibu anda sebaik-baiknya.

Moga dapat iktibar.. 

Thursday, 23 May 2013

Hangout with bestie!

Assalamualaikum,,, holaaaaaaaaaaa. *lelambai tangan sikit* 

Lama dah rasanya tak menaip entry ni, berhabuk dah kot. fuhhh fuhhhhh tiup sikit-sikit habuk yang dah melekat kat laman sesawang ni. hehe. my bb boo a.k.a blackberry masuk wad then my berukband pula tak bayar. cutcost itu penting ok untuk masa depan. cehhhh semua ni poyo! hahaha. Actually entry kali takde nak cerita pape pun just nak share gambar-gambar hangout with my bestie yang dah hampir setahun tak jumpa, ouhhh rindu sangat sama dia meh. say wuhuuuuuu *buat macam haroro* ni lah gamaknya terlebih tengok runningman. Bermulanya misi kami untuk mencari macaroon dan pororo! 

Jom layan gambar,. Entry kali ni bergambar saja. 



#macaroon


#pororo



#capuccino at vivo aeon bukit indah, JB.. 




sebelum misi pencarian bermula #macaroon#pororo kita isi perut dulu dah berdondang, kriukk kriukkk dah. hehe. yeahh muka lapar. 



Dah habis makan kita snap snap lah dulu ye daq. hehe




with my bestie! 



misi diteruskan lagi. UTM skudai #pestakonvo #pororo



finally ni je lah yang kitaorang beli. lain yang dicari lain yang jumpa. 


Ya Allah..
Panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya dengan kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..

Ya Allah..
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu agar tidak terjatuh didalam jurang cinta nafsu..
jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada  Mu, Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. 

Ya Allah..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalanMu. Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dariMu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup didunia dan di akhirat kelak. In sha Allah.
Yakinlah segala nikmat yang diperoleh itu datangnya dari Allah SWT. walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.

"Ya Allah, jadikanlah seluruh perbuatan kami amal soleh dan jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMu dan bukan mencari keredhaan orang lain" - Umat Al Khattab






Friday, 5 April 2013

Tips untuk sihat secara semulajadi.





Berikut adalah cara-cara dan tip untuk menguruskan badan tanpa sebarang ubat-ubatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi sesiapa yang mengalami masalah kegemukan, korang dianjurkan membaca nasihat ini dengan teliti.



Jangan Berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila korang tidak tahan berlapar, pada kebiasanya korang akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Minum 8 Gelas Air Sehari

Air mengurangkan selera makan korang secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti korang tidak akan makan dengan banyak.

Elakkan Minum Minuman Yang Bergas

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Kurangkan Pengambilan Garam

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan korang menangkung sedikit air. Ini bermakna korang kurang berat yang disebabkan air.

Ambil Sarapan Pagi

Korang juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

Makanlah Dengan Perlahan-Lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


Kunyah Makanan Kepada Cebisan Lebih Kecil


Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
  • Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
  • Jika korang terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi korang atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera korang.
  • Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori.
  • Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. 
  • Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
  • Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali korang makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan korang makan, dan perasaan korang ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan korang peka kepada keinginan makan korang. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana korang boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan korang kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan korang lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet korang. Mulakan diari makanan korang dan rajin-rajinlah membuat catatan.
  • Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran korang untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
  • Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, korang boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
  • Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh korang ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang korang habiskan!
  • Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah korang berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi korang menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut korang baru saja terisi.
  • Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus korang kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
  • Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
  • Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


Beberapa Aktiviti Fizikal Yang Mudah Untuk Lansing

  • Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif. 
  • Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
  • Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
  • Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
  • Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


  • Sumber: http://www.duniarealiti.com/2012/03/tips-untuk-kurus-secara-semulajadi.html#ixzz2PezEz118